KENAPA PERLU COPYWRITING YANG POWER UNTUK BISNES ANDA?
- Elemen penentu respon.
- Boleh memikat hati pelanggan.
- Menjadikan pelanggan jatuh cinta dengan produk / servis yg anda jual.
- Membuatkan pelanggan tak sabar untuk membeli produk / servis anda.
Majoriti dari kita mesti masih buntu untuk hasilkan copywriting kan?
Ini kerana anda tidak tahu struktur dalam membina copywriting yang berkesan. FunnelEvo lab dah buat kajian tentang ini, dan anda tidak perlu pening-pening lagi nak pikir apa struktur yang terbukti.
Biasanya audience tidak respon adalah disebabkan struktur copywriting yang berterabur!
Jika semua struktur dimasukkan dengan betul ke dalam copywriting anda, pasti akan wujud element WOW FACTOR. Faktor inilah yang akan menyebabkan audience tertarik untuk membaca keseluruhan ayat iklan anda sehingga habis.
Kalau perasan, inilah teknik copywriting yang kami guna untuk iklankan seminar FunnelEvo.
Ok.., paling best, copywriting yang strukturnya MENARIK akan buatkan audience mudah untuk membaca dan memahami mesej yang ingin disampaikan.
- Headline yg memukau.
- Intro / Pengenalan yg mantap.
- FAB (Features-Advatages-Benefits) yg jelas
- Tawaran yg sukar ditolak.
- CTA yg menarik.
Biasanya, selepas kita dah menyiapkan copywriting untuk sesuatu posting, kita akan menjalankan kempen pemasaran di Facebook dan Google. Ada yang guna kaedah berbayar dan ada juga yang post di Facebook personal sahaja.
Cumanya, cuba semak dan jawab soalan-soalan ini dahulu sebelum anda memulakan iklan anda :
1.Adakah copywriting iklan anda dah cukup power untuk menarik minat prospek dan buatkan mereka membaca sehingga habis?
2. Adakah copywriting iklan anda, mempunyai elemen-elemen EMOSI yang mampu memukau prospek untuk terus bertindak?
3. Adakah anda menggunakan struktur copywriting iklan yang meyakinkan dan berkesan?
Kenapa saya minta anda jawab soalan di atas ini?
Anda WAJIB ingat!Bukan anda seorang sahaja yg buat iklan di Facebook dan Google. Jadi macam mana anda nak bersaing dengan peniaga lain dan memastikan prospek yg melihat iklan anda akan berhenti dan membaca iklan anda sehingga habis?
Artikel ini adalah jawapannya.. Ia akan membantu anda memahami bagaimana cara untuk anda menghasilkan copywriting yang dapat memukau pelanggan anda!
#1. STRUKTUR HEADLINE
Headline adalah “MAIN ATTRACTION” untuk sesebuah iklan. Ia adalah perkara yg paling penting kerana ia ayat pertama pelanggan akan nampak. Di sinilah bermulanya penilaian pelanggan sama ada mereka mahu terus membaca atau pun tidak.Headline yang berkesan adalah apabila ianya tepat ditujukan kepada masalah pelanggan. Ia akan membuatkan pelanggan yg betul-betul ada masalah saja yg akan memberi respon kerana mereka ingin mengetahui penyelesaian kepada masalah mereka.
Nak buat headline ni susah ke?
Sebagai contoh, produk kecantikan wajah. Anda hanya perlu tanya dua jenis soalan ini sahaja :1. Siapa yang nak cantik? (kepada siapa)
Biasanya, majoriti yang nak nampak cantik ni adalah kaum perempuan. Kaum lelaki yang meminati dan memberi perhatian kepada penjagaan wajah ini amatlah sedikit berbanding kaum hawa.
2. Siapa pula yang nak sangat dan perlu nampak cantik? (siapa yang terdesak)
Perempuan yang berkerjaya selalunya akan jumpa ramai orang dan malu kalau muka mereka tidak cantik. Sebabnya ia akan memberi kesan kepada mereka. Mereka ini malu kerana wajah mereka berjerawat dan berjeragat.
Antara kerjaya wanita yg memerlukan mereka sentiasa tampil dengan wajah cantik berseri adalah mereka yg sentiasa berinteraksi dengan orang lain, seperti :
– Jurujual
– Pramugari
– Cikgu
– Setiausaha
– Jururawat
Jadi ini adalah contoh headline yang anda boleh hasilkan :
1. KEPADA CIKGU-CIKGU WANITA YANG NAK NAMPAK CANTIK, WAJIB CUBA!
2. SETIAUSAHA YANG CANTIK BIASANYA MUDAH NAIK PANGKAT!
Bagaimana tulis headline yg boleh menarik minat pelanggan dan memukau mereka
- Guna HURUF BESAR (atau paling jelas).
- Guna bahasa pasar / santai (JGN GUNA bahasa SKEMA).
- Masukkan elemen emosi.
- Jarakkan dgn intro.
STRESS SEBAB LOGO ANDA TAK MENARIK?
Rasa bisnes susah nak maju sebab logo tak cantik?
Customer pun tak yakin sebab logo anda nampak tak glamer!
Rasa bisnes susah nak maju sebab logo tak cantik?
Customer pun tak yakin sebab logo anda nampak tak glamer!
Selepas anda hasilkan headline iklan anda, semak semula untuk dapatkan hasil yang terbaik.
1. Pelanggan : Adakah tajuk anda mempunyai kaitan dengan pelanggan sasaran anda, ataupun adakah anda menggunakan bahasa prospek anda?
2. Emosi : Adakah anda memasukkan emosi yang tepat untuk mengekspresikan sesuatu topik dan penggunaan kosa kata yang membuatkan pelanggan berasa dekat dengan diri dan situasi mereka?
3. Daya tarikan : Mampukah iklan anda menarik minat pelanggan untuk berhenti dan timbulkan keinginan untuk membaca dengan hanya membaca headline tersebut?.
4. Momentum : Adakah headline anda akan membuatkan pelanggan anda merasa ingin tahu lebih lanjut tentang cerita ataupun fakta yang bakal di sampaikan?
#2. STRUKTUR SUB HEADLINE
Sub headline ataupun dipanggil “mini-headline” adalah tajuk kecil, yang merupakan perkara kedua penting dalam iklan. Ini kerana, ianya merupakan satu elemen tambahan untuk mengukuhkan headline. Sudah semestinya, jika kita meletakkan diri kita sebagai pelanggan, kita ingin melihat apakah ISI KANDUNGAN iklan tersebut dari skop yg lebih ringkas.Tetapi, ada juga sesetengah usahawan memilih untuk tidak meletakkan sub headline pada permulaan iklan mereka untuk menggesa pelanggan membaca keseluruhan iklan tersebut dan membuatkan mereka tertanya-tanya apakah yang ingin mereka sampaikan.
Mari kita gunakan, kajian kes di atas supaya anda nampak lebih jelas.
KEPADA CIKGU-CIKGU WANITA YANG NAK CANTIK!
Pengalaman lebih 173 orang cikgu di Kelantan berjaya nampak lebih cantik hingga selalu dipuji anak murid. Teruskan membaca jika anda juga ingin tampil cantik berseri.
Pengalaman lebih 173 orang cikgu di Kelantan berjaya nampak lebih cantik hingga selalu dipuji anak murid. Teruskan membaca jika anda juga ingin tampil cantik berseri.
Terpulang kepada anda, untuk memasukkan elemen ini ataupun tidak. Jika anda memilih untuk membuat subheadline, perkara yang perlu ditanya dan dikaji adalah :
1. Kaitan : Adakah subheadline anda berkait dengan headline sebelum itu?
2. Skop : Adakah subheadline anda memberikan gambaran dan skop yang lebih kecil bagi memudahkan pelanggan menilai?
3. Nilai tambah : Adakah subheadline anda menguatkan lagi salah satu point utama dalam headline sebelum itu?
4. Tekanan : Adakah subheadline anda memberikan GESAAN kepada pelanggan untuk meneruskan pembacaan?
#3. STRUKTUR INTRO
8 jenis intro power yg menyebabkan pelanggan tertarik :- Guna testimoni / feedback dari pelanggan
- Nyatakan USP (Unique Selling Proposition)
- Beri offer yg KAW2 (Irrestible offer)
- Promote kedai anda (area berdekatan dengan prospek)
- Highlight masalah prospek berkali-kali
- Tunjukkan kredibiliti anda
- Storytelling yg menarik
- Masukkan elemen motivasi / emosi
KEPADA CIKGU-CIKGU WANITA YANG NAK CANTIK!
Pengalaman lebih 173 orang cikgu di Kelantan berjaya nampak lebih cantik hingga selalu dipuji anak murid. Teruskan membaca jika anda juga ingin tampil cantik berseri.
“Dalam masa beberapa bulan lepas saya cuba amalkan XXXX, Alhamdulillah muka sekarang dah banyak berubah, makin comey lotey!. Kawan-kawan puji dan anak murid pun siap tegur lagi, cikgu ni makin cantik la. Macam tak percaya je.” – Cikgu Siti, SMK Kota Bharu, Kelantan.
Pengalaman lebih 173 orang cikgu di Kelantan berjaya nampak lebih cantik hingga selalu dipuji anak murid. Teruskan membaca jika anda juga ingin tampil cantik berseri.
“Dalam masa beberapa bulan lepas saya cuba amalkan XXXX, Alhamdulillah muka sekarang dah banyak berubah, makin comey lotey!. Kawan-kawan puji dan anak murid pun siap tegur lagi, cikgu ni makin cantik la. Macam tak percaya je.” – Cikgu Siti, SMK Kota Bharu, Kelantan.
Sebolehnya, jika guna kaedah testimoni, letakkan 3 atau 4 testimoni berbeza yg menonjolkan hasil yg mampu memberi inspirasi kepada audience yg membacanya.
Selepas hasilkan intro, seterusnya buatkan ia kelihatan kemas dan menarik.. Sila double check :
1. Struktur Pembinaan : Adakah struktur pengenalan ayat anda menaikkan emosi dan energy pelanggan serta mengekalkan momentum yang telah digambarkan dalam headline dan subheadline anda?
2. Aliran : Adakah aliran dan susunan ayat anda pada pengenalan lancar, dan mudah dibaca serta difahami?
3. Rangka : Bina perenggan pertama kemudian kembangkan ia kepada isi penting yang disebut dalam headline dan juga subheadline.
#4. STRUKTUR FAB
Kenapa prospek perlu membeli dengan anda berbanding pesaing yang lain?Soalan ini boleh diselesaikan dengan adanya nilai manfaat/kelebihan. Manfaat itu haruslah jelas dan mudah difahami oleh mereka. Contohnya...
Kenapa anda perlu guna servis logo kami?
- CEPAT SIAP : Ya, kami akan siapkan dlm masa 3 hari bekerja. Bila cepat siap, lagi cepat boleh guna untuk branding bisnes anda.
- DESIGN MENARIK : Nampak logo BMW saja dah buat org rasa WOW! Memang benar, design logo yg menarik boleh buat customer teruja berurusan dgn anda.
Setelah anda menerangkan nilai yang ditawarkan, sila tanya soalan berikut kpd diri anda sendiri :
1. Jelas : Adakah nilai yang disebutkan jelas dan mudah difahami oleh pelanggan?
2. Wajar : Adakah nilai itu realistik dengan kata-kata yang boleh menarik minat pelanggan?
3. Unik : Adakah manfaat itu unik sekiranya dibandingkan dengan tawaran orang lain?
4. Pasaran sasaran : Adakah nilai yang ditawarkan mempunyai keserasian dengan pelanggan sasaran anda dan mengambil kira kemampuan mereka?
5. Simple : Adakah nilai anda simple tetapi padat dengan informasi dan mudah difahami serta mudah untuk diingati pelanggan?
6. Kuantiti : Adakah nilai manfaat anda disokong oleh sekurang kurangnya satu data / fakta yang berkaitan?
#5. STRUKTUR TAWARAN YG SUKAR DITOLAK
Sekarang kita sudah hampir ke penghujung iklan. Jadi, anda perlu hasilkan 1 SEBAB untuk menarik prospek supaya mengambil langkah segera untuk mendapatkan barangan / servis yang anda iklankan itu.Cuba lihat sama ada, anda ada menyediakan OFFER yang sukar ditolak?
1. Single : Adakah jenis OFFER yang boleh diambil pelanggan? Adakah hanya 1 option sahaja?
2. Janji : Adakah anda menjanjikan sesuatu sekiranya pelanggan mengambil tindakan dengan segera untuk mendapatkan barang atau servis tersebut?
3. Trial : Adakah anda menyediakan kepada pelanggan satu percubaan bagi sesuatu produk atau servis anda untuk mengelakkan mereka berasa tidak yakin untuk mencuba yang sebenar?
4. Jaminan : Adakah anda menyediakan sebarang jaminan kepada pelanggan anda untuk mengelakkan mereka berasa tidak selamat dengan produk / servis anda?
5. Terhad : Adakah offer anda menggunakan teknik untuk memujuk pelanggan mendapatkan produk / servis anda dalam masa yang terhad, supaya mereka tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak?
#6. STRUKTUR CTA SUPAYA PROSPEK BERTINDAK
Jika ayat copywriting anda tidak diletakkan CTA, ayat iklan anda adalah sia-sia. Dan amatlah penting, untuk anda kenalpasti tujuan CTA anda. Adakah anda mahu mereka komen untuk tingkatkan engagement, ataupun anda mahu direct mereka ke link website anda?Antara Contoh CTA yang biasa digunakan :
- PM
- Komen
4 Startegi CTA Paling Efektif
1. Kena JelasTugas anda adalah memudahkan pelanggan membuat keputusan. Jangan menyukarkan pelanggan dengan memberi banyak arahan dalam satu copywriting.
Contoh :
Komen “YES PROMO” dan sila share posting ini, kemudian dekat bawah ada 1 lagi arahan. Sila whastapp ke no 013.XXXXXX. Lepas tu ada letak link mintak diorang klik link anda.
Bila pelanggan sukar membuat pilihan mereka akan stress dan disebabkan begitu, niat mereka untuk mengambil tindakan akan terbantut.
2. Mudah & Simple
Jangan buat CTA yang terlampau panjang dan melalut. Hal ini akan membuatkan pelanggan rasa serabut. CTA yang bagus adalah arahan yang ringkas semudah 1 baris sahaja. Bila nak bagi orang baca mudah jaga space, jaga perenggan supaya arahan anda nampak difokuskan.
Contoh :
Komen “YES OHSEM” ke 013XXXX atau Komen “PM” dan kami akan berikan details.
3. Letak di bahagian format yang betul
Jangan sesuka hati meletakkan CTA dibahagian yang anda suka. Menurut kajian, respon rate akan sedikit meningkat diantara 2-5% jika diletakkan CTA pada awal selepas testimoni dan diakhir bahagian copywriting.
4. Gabungkan CTA dengan Offer
CTA + Offer dalam bentuk :
- PROMOSI
- URGENCY
- SCARCITY
Harga asal Produk (Nama Produk ) adalah RM300, tapi harini ada tawaran has untuk anda.
Lepas tu masukkan CTA
Yang nak tawaran ini Reply “ NAK “ dibahagian ruangan komen.
Kami nak bagi RM150 sahaja, bukan semua orang dapat hanya open kepada 15 orang terawal sahaja. Lepas 72jam offer ni akan ditarik balik. Anda tak akan dapat lagi OFFER ni dari kami.
F.E