[30 + 1] Rahsia Headline Paling Mantap Yang Boleh Cairkan Hati Prospek Anda Dengan Cepat!
Headline yang memukau adalah headline yang menyokong gambar iklan yang digunakan. Anda hanya ada 3-5 saat sahaja untuk membuatkan prospek terus membaca ayat iklan anda ataupun tidak.Headline yang digunakan perlulah relevan dengan gambar yang anda gunakan.
Teknik Soalan – Anda boleh letakkan tanda soal pada akhir tajuk iklan. Headline seperti ini sangat sesuai digunakan untuk produk yang mampu menyelesaikan masalah orang lain.
Contoh headline berbentuk masalah…
“SUSAH DAPAT PELANGGAN WALAUPUN DAH HABIS RIBU-RIBU?”
“ANAK MALAS BELAJAR? DAH TAK TAHU BUAT APA DAH?”
Anda juga boleh gunakan teknik soalan ini bagi bertanyakan audiens tentang harapan dan impian mereka. Lihat contoh berikut…
“INGIN TURUNKAN LEMAK DI PERUT TANPA DIET KETAT?”
“NAK BELAJAR CARA BUAT WEB DENGAN MUDAH”
Dengan bertanyakan soalan, ia seperti mengarahkan prospek menjawab YA atau TIDAK. Jika jawapannya YA, audiens tersebut akan meneruskan bacaan. Jika jawapannya TIDAK, audiens tersebut mungkin tidak akan terus membaca lagi.
Lebih pendek headline yang diberikan, lebih cepat audiens dapat baca dan memahaminya. Lihat 2 contoh headline berikut…
Tajuk 1: “ANDA MENGALAMI MASALAH KEBOTAKAN?”
Tajuk 2: “ANDA BOTAK?”
Pada pandangan anda, headline yang mana satu anda rasa lebih berkesan untuk menarik perhatian audiens?
Saya yakin anda akan pilih tajuk yang kedua. Ayatnya lebih pendek, amat mudah dibaca dan difahami.
Teknik Perkenalkan Produk – Anda hanya perlu beritahu nama produk beserta manfaatnya pada tajuk iklan. Teknik ini sesuai digunakan semasa pelancaran produk terbaru di pasaran. Anda boleh gabungkan fungsi utama produk, kelebihan atau manfaat produk. Contohnya…
“SEMINAR CHAPTER F, BANTU USAHAWAN NAIKKAN JUALAN 99%”
“GAJET AAA, ALAT PENJIMAT PETROL YANG DIAKUI SIRIM”
Mudah bukan? Tajuk jenis ini mampu menarik minat dan menimbulkan rasa ingin tahu audiens terhadap produk yang anda iklankan.
Teknik Tawaran – Teknik ini menggunakan Headline berbentuk tawaran. Antara ayat tawaran yang boleh digunakan adalah seperti Diskaun, Bonus, Hadiah Percuma, Baucar, Rebat, Harga Ahli dan lain-lain. Golongan yang paling mudah tertarik dengan headline seperti ini adalah golongan wanita.
Anda boleh lihat contoh-contoh berikut…
“DISKAUN 70 KAIN COTTON VIETNAM”
“MILIKI PAKEJ DIDIK ANAK INI! PERCUMA IPAD ISLAMIK!”
Untuk menguatkan lagi headline seperti ini, anda boleh masukkan kuota pembeli atau tempoh masa bagi setiap pembelian.
- RAHSIA [HASIL] TERBONGKAR
- PANAS! 200 UNIT TERJUAL!
- DISKAUN 40% UNTUK [PRODUK]??
- TERJUAL DI ATAS PERMINTAAN RAMAI!
- LAST CALL!
- PANGGILAN TERAKHIR!
- SALES GILA-GILA [produk/jenama]!!
- LAKU HANGAT!! [produk] SEMAKIN HABIS!
- TERHAD! DAPATKAN [produk] SEKARANG!
- FREE/PERCUMA [produk]!
- JOM [hasil] SEKARANG!!
- TERLAMPAU LARIS!
Formula Headline Best Seller
25 jenis headline memukau part 1
25 jenis headline memukau part 2